Gotong-Royong Mega di Gereja SIB Tuguson
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Gotong-Royong Mega di Gereja SIB Tuguson


26 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sebuah program Gotong-Royong Mega telah diadakan di kawasan Gereja SIB Tuguson, Kota Belud, baru-baru ini sebagai persiapan untuk menyambut Pesta Rohani kawasan Taginambur yang akan berlangsung pada 11-13 April.


Program ini dianjurkan oleh Gereja SIB Tuguson, yang menjadi tuan rumah bagi Pesta Rohani tahun ini. Gotong-royong ini dirasmikan oleh PPM Saikom Watis, yang diiringi oleh Penyelia UPPM Kadamaian, Joel Deukin.


Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan ahli-ahli gereja dan komuniti setempat.


Dalam pada itu, pihak gereja juga memohon sumbangan ikhlas daripada ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick, berkaitan penyewaan khemah untuk digunakan semasa Pesta Rohani.


Selain itu pihak geraja juga berharap, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dapat melawat kawasan gereja sebelum Pesta Rohani untuk melihat sendiri segala persiapan dan keperluan pihak gereja.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page