Gotong-Royong Perdana Perkukuh Usaha Pemeliharaan Kawasan Pelancongan Tagal Lingkubang
nabalunews
5 days ago
1 min read

31 Oktober 2026
KOTA BELUD: Koperasi Pelancongan Tagal Lingkubang Berhad menganjurkan Program Gotong-Royong Perdana dan Ramah Mesra Komuniti sebagai usaha memelihara kebersihan serta keindahan kawasan pelancongan Tagal Lingkubang, di sini.
Program itu bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kerjasama dalam kalangan anggota koperasi serta masyarakat setempat.

Hadir sama, Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Datuk Ewon Benedick, Caryle Lajimin, yang mewakili Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu.
Aktiviti gotong-royong turut menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar, selain memelihara kawasan pelancongan sebagai aset bersama.
Program anjuran koperasi itu diharap dapat meningkatkan penglibatan komuniti dalam usaha memajukan potensi Tagal Lingkubang sebagai salah satu tarikan pelancongan di Kota Belud.















Comments