Gotong-Royong Perdana Tambulion Ulu Perkukuh Perpaduan Komuniti
- nabalunews
- Aug 15
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 15 Ogos – Penduduk dari Kampung Tambulion Ulu, Tambulion Laut dan Sorob bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Kampung Tambulion Ulu, pagi tadi, bagi memastikan kawasan itu berada dalam keadaan bersih dan teratur serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.

Program Gotong-Royong Perdana yang bermula tepat jam 7.00 pagi itu melibatkan pelbagai aktiviti merangkumi kerja-kerja pembersihan kawasan perkuburan, pemotongan rumput, serta penyelenggaraan persekitaran secara menyeluruh bagi keselesaan waris dan penduduk yang berkunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Tambulion Ulu, Boniface @ Boni Jiran, berkata penganjuran program seumpama ini bukan sahaja penting untuk memelihara kebersihan fizikal, malah menjadi platform efektif dalam mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan, serta memperkukuhkan kerjasama erat dalam kalangan masyarakat pelbagai generasi.
Turut serta menjayakan program pada pagi ini ialah Pengerusi Tanah Perkuburan, Yamil Suni; Ketua Kampung Tambulion Ulu, Daiman Basinau; Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Handly Sekukut; Pengerusi Tagal, Crall Mark Bait; Pengerusi NGO Borneo, Ronnie Mian; serta Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS), Kaunsin Pahua.















Community programs like this are valuable beyond the cleanup itself. AI transcription could help preserve interviews and stories from local community events.
It’s encouraging to see several generations working together to care for their community. Banana AI image generator tools could help document and share these activities visually.
A great example of how local cooperation can strengthen a community. AI website builder tools could help community groups create simple information sites.