GPS SMK Kunak meningkat
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

1 April 2026
KUNAK: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak merekodkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dalam keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan pada Selasa.
Pengetuanya, Selamat Yusuf berkata, GPS sekolah itu adalah 4.64 (tahun 2025) berbanding 4.81 pada tahun 2024.
“ Berdasarkan data tersebut, Gred Purata Sekolah bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkat 0.17”, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM di Dewan Seri Bestari SMK Kunak, di sini.
Seramai 224 calon layak mendapat sijil daripada 234 calon berdaftar dalam SPM 2025.
Peratus lulus SPM tahun lepas merekodkan 96.55 peratus layak mendapat sijil meningkat 1.88 peratus, berbanding 94.67 peratus pada tahun 2024.
SMK Kunak merekodkan empat calon mendapat keputusan 9A, enam orang memperolehi 8A, sepuluh calon mendapat 7A, dan sembilan calon mendapat 6A.
Antara pelajar cemerlang SPM 2025 yang memperoleh 9A ialah Putera Ahmad Najib Nordin, Alin Amrah Sanuddin, Nurul Aleeyza Amirullah dan Nurul Aqilah Jamaludin.
Enam pelajar memperolehi 8A termasuk Nurhafizah Mohammad Nor, Muhammad Nazwan Jan, Putra Farish Iskandar Mohammad Sofian, Nurul Shuhada Qaisara, Elysia Talling dan Innocentia Laimin @ Valentine.
“Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Kunak khususnya guru-guru akademik tingkatan 4 dan 5 atas pencapaian SPM 2025 yang cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi berganda untuk meneruskan khidmat kita memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM tahun ini”.
“Kejayaan yang dicapai dalam keputusan peperiksaan SPM ini juga adalah hasil kerjasama dan usaha semua pendidik, pelajar dan juga komitmen ibubapa bagi memastikan pencapaian akademik pelajar terus diperkasa dan dipertingkat”, katanya.















Comments