top of page

GRS sedia tanding secara solo, fokus kerjasama dengan parti sehaluan

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read


10 Mei 2025


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti tempatan lain yang sehaluan.


Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya akan mengambil hala tuju itu sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.


Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri seharusnya dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengetepikan peranan serta kepentingan parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.


“Parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri. Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Hajiji berkata, kerajaan negeri perlu terus diperkukuhkan bagi membawa kestabilan dan mewakili satu bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.


“Apa yang GRS perjuangan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah.


"Mengenepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi," katanya.


Sehubungan itu katanya, GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat untuk menetapkan hala tuju gabungan ini dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.


Katanya, GRS juga akan turut mengadakan perbincangan rasmi dengan parti yang membentuk kerajaan negeri semasa untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page