top of page

GRS umum baki empat calon

  • nabalunews
  • Nov 13
  • 1 min read

ree

13 November 2025


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini mengumumkan baki empat lagi calon gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan (PRU DU) Sabah ke-17.


Ketua Menteri dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata dengan pengumuman tersebut melengkapkan senarai 55 calon GRS yang akan bertanding pada pilihan raya ini.


Empat calon itu ialah Dr Bonaventure Boniface yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Tamparuli manakala Rafie Robert Tawik (DUN N40 Bingkor); Samsiah Usman (DUN N70 Kukusan) dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (DUN N73 Sebatik).


Semalam, Hajiji mengumumkan 51 calon bertanding mewakili gabungan itu, terdiri gabungan pemimpin berpengalaman dan calon muda, dengan 35 peratus adalah muka baharu.


GRS dibentuk oleh enam parti komponen, iaitu Gagasan Rakyat yang diterajui Hajiji selaku presiden, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS) serta Parti Cinta Sabah (PCS).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page