Gudang Barangan Rumah Musnah Terbakar
- nabalunews
- 39 minutes ago
- 1 min read

19 Februari 2026
KENINGAU: Sebuah gudang penyimpanan barangan peralatan rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Lingkudau, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, bangunan jenis separuh kekal berkeluasan 9.29 meter persegi itu dilaporkan musnah sepenuhnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.02 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak tiga kilometer dari BBP Keningau.
“Kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan barang Best Buy jenis separuh kekal yang telah terbakar 100 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dengan pancutan dari sumber air dari tangki jentera Bomba dan Water Tanker,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, api berjaya dikawal daripada terus merebak dan setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
“Operasi masih diteruskan dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.


















Comments