Guru berdepan tindakan disiplin jika tidak ambil vaksin sebelum 1 NovGuru berdepan tindakan disiplin jika tidak ambil vaksin sebelum 1 Nov
top of page
  • Writer's pictureIlona Andrew

Guru berdepan tindakan disiplin jika tidak ambil vaksin sebelum 1 Nov


Gambar hiasan

5 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Para guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang masih belum menerima vakksin Covid-19 digesa untuk segera mendapatkan vaksin tersebut sebelum tarikh akhir yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu pada 1 November.


Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, jika masih terdapat guru yang tidak mengambil vaksin selepas tarikh itu, mereka akan berhadapan tindakan disiplin.


"Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap guru-guru yang masih tidak menerima vaksin selepas 1 November untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah tidak terjejas," katanya semasa persidangan Parlimen, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Shariff yang bertanya jika KPM akan mengambil tindakan disiplin terhadap guru yang enggan menerima vaksin.


Sesi persekolahan telahbermula secara berperingkat sejak Isnin di beberapa negeri selepas lebih enam bulan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diadakan akibat penularan Covid-19.


Baru-baru ini, JPA telah mengumumkan bahawa penjawat awam adalah diwajibkan untuk mengambil vaksin sebelum 1 November.


Sebelum itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata guru yang enggan menerima vaksin mungkin akan ditukar tugasan atau dipindahkan tempat bertugas demi kepentingan perkhidmatan dan keselamatan pelajar.


Beliau berkata, seramai 2,500 guru di seluruh negara enggan divaksin.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page