Habitat Buaya Tular, Ladang Beroperasi Secara Sah
- nabalunews
- 46 minutes ago
- 1 min read

13 Januari 2026
PENAMPANG: Lokasi didakwa sebagai habitat buaya seperti yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi, disahkan sebagai pusat penternakan berlesen dan sah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, susulan penularan klip video berdurasi 1 minit itu, pihak polis terus menjalankan pemeriksaan di lokasi.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, lokasi berkenaan adalah ladang penternakan buaya yang beroperasi secara sah.

“Siasatan mendapati ladang berkenaan beroperasi dengan memiliki lesen penternakan secara sah.
“Ladang berkenaan turut mempunyai lesen jual beli daging buaya sah yang dikeluarka. Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Sehubungan itu, Sammy berkata, pihaknya percaya rakaman video tular berkenaan dirakam berhampiran ladang penternakan buaya berlesen dan beroperasi secara sah.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.
“Polis Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya.














