Had usia kenderaan Teksi, E-Hailing dinaikkan ke 15 tahun
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Had usia kenderaan Teksi, E-Hailing dinaikkan ke 15 tahun


3 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di seluruh negara telah dinaikkan kepada 15 tahun, menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).


APAD berkata langkah ini bertujuan untuk melestarikan industri teksi dan e-hailing yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh pemain industri teksi dan e-hailing dalam tempoh sukar ini.


"Oleh itu, kami telah memutuskan untuk memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perniagaan dengan kenderaan yang masih layak digunakan,” kata Pengarah APAD, Datuk Zailani Isausuludin.


Beliau berkata, had usia kenderaan yang sebelum ini ditetapkan pada 10 tahun telah dinaikkan kepada 15 tahun bagi kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum bermula 1 Januari tahun ini.


“Antara syarat lain ialah semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri terjamin,” katanya.


Tambah beliau, inisiatif ini juga sejajar dengan hasrat Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam negara dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tidak mampu memiliki kenderaan sendiri.


“Sehubungan itu, pihak APAD berharap pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti,” katanya.


Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelanjutan had usia kenderaan teksi dan e-hailing, orang ramai boleh melayari laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD berhampiran.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page