top of page
  • Wartawan Nabalu News

HAJIJI PULIH DARI COVID-19, DIBENAR KELUAR WAD


18 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor telah pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

"Apa yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan," katanya.


Beliau menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua khusunya mereka yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan saya dan para petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga membendung penularan wabak Covid-19," katanya.

bottom of page