top of page

KPDN Rampas 1,000 Liter Minyak Diesel Cuba Diseleweng

  • nabalunews
  • 6 days ago
  • 2 min read

5 April 2026


LAHAD DATU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merampas 1,000 liter minyak diesel selepas dipercayai cuba diseleweng dalam operasi di daerah ini, semalam.


Dalam operasi Op Tiris 4.0 berkenaan, pasukan operasi turut berjaya merampas dua kenderaan pacuan empat roda dan menahan dua lelaki untuk siasatan lanjut.


Operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu melibatkan seramai empat orang anggota penguat kuasa yang menumpukan beberapa stesen minyak sekitar daerah ini.

Ketua Cawangan KPDN Lahad Datu, Azizul Amran berkata, operasi penguatkuasaan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan

pematuhan terhadap larangan penjualan bahan bakar bersubsidi.


Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan pasukan operasi mengesan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an sedang melakukan pengisian minyak diesel.


“Semua minyak berkenaan dimasukkan ke dalam tong drum yang diletakkan di atas dua kenderaan pacuan empat roda.

“Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit kebenaran bagi pengisian minyak diesel berkenaan,” Katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Azizul berjaya, susulan penemuan itu, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.


“Dalam operasi berkenaan, pihak KPDN turut membuat rampasan melibatkan minyak diesel dianggarkan sebanyak 1,000 liter, dua kenderaan pacuan empat roda serta menahan dua suspek lelaki.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM117,150 berdasarkan harga pasaran semasa,” katanya.


Sehubungan itu, Azizul menyatakan, KPDN Cawangan Lahad Datu akan sentiasa mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aktiviti

melibatkan penyelewengan barang kawalan.


Katanya, orang ramai diminta agar bekerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak KPDN untuk tindakan penguatkuasaan.


“Sebarang maklumat berkaitan aktiviti berkenaan boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp ditalian 019-279 4317 dan 019-848 8000 atau Portal Aduan di alamat http://eaduan.kpdn.gov.my.


“Orang ramai juga boleh menghubungi pusat panggilan KPDN ditalian 1-800-886-800, Emel: eaduan@kpdn.gov.my dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command Centre) ditalian 03-8882 6088 / 6245,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page