top of page

SABAR Anjur Sesi Kupi-Kupi Belia di Ranau, Galak Belia Suarakan Cabaran & Harapan

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


11 April 2026


RANAU: Pertubuhan Sabah Action Body Advicating Rights (SABAR) sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan menganjurkan sesi libat urus belia bertajuk Belia Says: Cerita Kita – Sesi Kupi-Kupi Bersama Belia di Kinabalu Poring Vacation Lodge, Ranau pada 11 April 2026 (Sabtu), bagi memberi ruang kepada belia desa untuk berkongsi pandangan mengenai isu semasa, cabaran, dan masa depan Sabah.


Program yang bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang itu terbuka kepada semua belia Ranau secara percuma. Pendaftaran peserta akan dibuka mulai jam 1.30 petang.


Menurut pihak penganjur, sesi ini direka dalam suasana santai bagi membolehkan belia bersuara secara terbuka tentang pengalaman dan harapan mereka terhadap komuniti setempat.


Antara aktiviti yang bakal berlangsung termasuk ucapan Pengerusi Lembaga Pengarah SABAR, pengenalan kepada pertubuhan, sesi perkongsian oleh pencerita jemputan bertajuk "Masalah Sampah Kita", serta Sesi Kupi-Kupi Bersama Belia dan Sesi Harapan Belia.


Turut diadakan sesi bergambar, minuman ringan, dan sesi interaktif sebelum majlis bersurai pada jam 4.55 petang.


Belia yang berminat boleh mendaftar melalui pautan:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Adelina (017-8100102) atau Cecilia (019-8206878). Maklumat lanjut juga boleh diperoleh menerusi laman sesawang rasmi sabar.org.my atau akaun Instagram @sabar.org.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page