Hajiji saksikan pembayaran dividen 3 anak syarikat milik kerajaan negeri
- nabalunews
- Aug 8, 2024
- 1 min read

8 Ogos 2024
KOTA KINABALU: Tiga anak syarikat milik kerajaan negeri mengumumkan pembayaran dividen berjumlah lebih RM150 juta bagi tahun berakhir 2023, menandakan prestasi kewangan yang memberangsangkan di Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyaksikan majlis penyerahan dividen yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa.
Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar dividen RM3.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM147 juta kepada syarikat induknya, Yayasan Sabah.

Pengerusi Eksekutif ICSB Datuk Jasnih Daya menyampaikan cek replika kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong bagi pihak Kerajaan Negeri.
Jasnih turut menyerahkan cek replika pembayaran dividen RM147 juta daripada ICSB kepada pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Majlis penyampaian dividen kedua ialah daripada Angkatan Hebat Sdn Bhd kepada Qhazanah Sabah Berhad, berjumlah RM4.681 juta.

Pengerusi Angkatan Hebat Sdn Bhd Datuk Rahim Ismail menyerahkan cek replika itu kepada Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad Datuk Dr Yusuf Yacob dengan disaksikan Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dalam acara sama, Hajiji turut menyaksikan penyampaian dividen daripada Saham Sabah Berhad (SSB) berjumlah RM7.3 juta kepada Kerajaan Negeri.
Cek replika daripada SSB disampaikan oleh pengerusinya Datuk Rusdin Riman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.















Comments