Hajiji sentiasa libatkan wanita dalam pembangunan negeri: Azizah
24 November 2024
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sentiasa melibatkan wanita dalam apa jua bentuk inisiatif untuk memacu pembangunan negeri Sabah agar negeri ini terus maju, makmur, berdaya saing dan mampan.
Presiden Perkumpulan Perempuan Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata sebagai seorang wanita beliau amat berterima kasih kepada Hajiji kerana Belanjawan Sabah 2025 telah memberi tumpuan kepada 7 perkara berkaitan keperluan dan kepentingan golongan wanita.
Azizah berkata antaranya Program Pembangunan Wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk pelbagai program operasi dan pelaksanaan, Program Kredit Mikro oleh Yayasan Usaha Maju (YUM), Program Keusahawanan Wanita Muda (Perbadanan Pinjaman Sabah dan IDS), komitmen peningkatan wakil wanita sebagai pembuat keputusan, pembangunan usahawan melalui IKS dan Program Kesejahteraan Wanita dan Skim-Skim Bantuan (Ibu Tunggal dan Warga Emas).
Jelas Azizah secara keseluruhannya, program-program khusus untuk wanita
dalam Bajet Negeri Sabah 2025
memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan peranan golongan
wanita di Sabah .
"Inisiatif ini menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup wanita, pemerkasaan wanita, pembangunan negeri dan mengurangkan jurang gender bagi memastikan peluang yang adil bagi semua," katanya.
Azizah berkata demikian semasa Majlis Menjunjung Kasih bersama isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Dr Norlidah Tan Sri R.M. Jasni yang juga Penaung Perkumpulan Perempuan Sabah di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.
Hadir sama Naib Presiden Annie Lourdes, Setiausaha Agung, Mariayati Kastari, Bendahari Agung, Norly Abdullah, Penolong Setiausaha Agung, Siti Harinah DSP Mohd Dun serta ahli jawatankuasa PPS.
Dalam majlis tersebut turut diraikan, mereka yang bersara dari PPS terdiri mantan Naib Presiden, Nurliah Abdul Jalil, mantan Bendahari Agung, Noraini Damsik, ahli jawatankuasa Rokayah DSP Salleh dan Datuk Seri Salmah Abdul Rahman.
Menurut Azizah beliau yakin apabila wanita diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya, golongan inj bukan sahaja dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga, tetapi juga boleh menjadi tunjang kepada pembangunan negeri.
“Saya berharap usaha mencapai 30% penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan akan dapat direalisasikan. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah atas inisiatif dan kesungguhan dalam pembelaan terhadap kita wanita di Negeri Sabah ini. Semoga Belanjawan Sabah 2025 akan menjadi titik-tolak untuk masa depan yang lebih cerah dan makmur bagi kita wanita di negeri Sabah yang tercinta ini,” katanya.
Comments