top of page

Hajiji Yakin GRS Akan Kekal Teraju Sabah

  • nabalunews
  • 3 minutes ago
  • 1 min read

ree

28 November 2025


PAPAR: Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin gabungan itu akan diberikan mandat sekali lagi untuk menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.


Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya sepanjang tempoh kempen dua minggu itu, rakyat menerima baik manifesto serta calon- calon GRS.


"Insya-Allah, kami yakin akan membentuk kerajaan selepas pengundian esok," katanya dalam kenyataan selepas siri jelajah kempen 'Rumah Kita, Kita Jaga' di Pantai Manis di sini hari ini.


Beliau berkata Papar akan terus maju sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat di kawasan Parlimen Papar dipilih daripada GRS, iaitu Datuk Gulamhaidar Bahadar Khan (Kawang), Datuk Juil Nuatim (Limbahau) dan Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra (Pantai Manis).


Hajiji, yang juga calon GRS bagi kerusi Sulaman sekali lagi menyeru rakyat supaya memilih GRS dalam pengundian esok, sambil menegaskan bahawa sepanjang lima tahun lepas kerajaan negeri yang dipimpin GRS telah membuktikan rekod pencapaian mereka.


"Rakyat tidak seharusnya mendengar pembohongan yang disebarkan pembangkang dalam kempen mereka. Ada antara mereka sudah terbukti gagal. Mereka hanya mampu bertahan selama dua setengah tahun sebelum ditolak rakyat," katanya.


Pengundian bagi PRN Sabah ke-17 yang menyaksikan pertandingan di 73 kerusi Dewan Undangan Negeri akan berlangsung esok.- BERNAMA

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page