HANYA RM100 PERUNTUKAN UNTUK JALAN-JALAN BESAR DI SABAH?HANYA RM100 PERUNTUKAN UNTUK JALAN-JALAN BESAR DI SABAH?
top of page
  • nabalunews

HANYA RM100 PERUNTUKAN UNTUK JALAN-JALAN BESAR DI SABAH?


Datuk Madius Tangau

3 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau menghantar dua lagi Usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.


Menurut beliau, usul tersebut adalah untuk memotong RM1,000,000,000 daripada peruntukan untuk Semenanjung di bawah aktiviti yang di sebut sebagai “Lain-lain Pembinaan” yang telah diperuntukkan sebanyak RM1,029,145,700.


“Saya mencadangkan supaya RM1 billion, yang dipotong itu diperuntukan semula di kementerian yang sama tetapi RM500 juta diberikan kepada Sabah dan RM500 juta lagi diberi kepada Sarawak, manakala selebihnya iaitu RM29,145,700 diberikan kepada Semenanjung.



“Cadangan ini dibuat kerana saya dapati peruntukan yang diberikan untuk Jalan-jalan Besar di Sabah untuk tahun hadapan, tahun 2021, hanyalah RM100 sahaja,” katanya.


Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau turut mencadangkan supaya baki RM500 juta lagi diberikan kepada Sarawak untuk “Naiktaraf Jalan-Jalan” kerana pada tahun hadapan hanya RM1.5 Juta sahaja yang telah diperuntukan untuk tujuan ini.


“Umum sudah sedar bahawa jalan-jalan persekutuan di Sabah dan Sarawak sangat mendesak untuk dinaiktaraf khususnya untuk memacu pembangunan kedua-dua wilayah tersebut.


“Saya berharap Usul saya ini dibenarkan oleh Speaker untuk dibahas dan dipertimbangkan untuk kelulusan Dewan sebelum perbahasan Kementerian Kerja Raya di Peringkat Jawatankuasa.


“Usul ini juga saya buat atas rasa tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah dan juga keprihatinan terhadap tahap Infrastruktur di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak yang masih keterbelakang berbanding di Semenanjung,” katanya.


Untuk rekod, usul tersebut dibuat di bawah peraturan 66(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page