top of page

Hanya satu lokaliti yang dilaksanakan PKPD di Tawau pada 7 Ogos

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Aug 8, 2021
  • 1 min read


8 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Hanya satu lokaliti di Tawau yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Taman Semarak Tawau.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, terdapat ralat dalam laporan PKPD yang diumumkan kelmarin (7 Ogos).


"Terdapat pembetulan kepada Laporan Pelaksanaan PKPD bertarikh 7 Ogos yang melibatkan empat lokaliti di Tawau.


"Hanya Taman Semarak, Tawau, Sabah sahaja yang dilaksanakan PKPD manakala lokaliti yang lain tidak terlibat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page