• Ilona Andrew

Harga baharu kit ujian kendiri Covid-19 diumumkan November ini


8 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KOTA KINABALU: Harga baharu kit ujian kendiri Covid-19 akan diumumkan pada bulan November ini setelah meneliti beberapa faktor, kata Menteri Perdagangan Domestik dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi


Sebelum ini, Kerajaan menetapkan harga siling RM19.90 untuk penjualan runcit dan RM16 sebagai harga borong bagi setiap kit itu.


Alexander dalam satu kenyataan media berkata, penjualan kit ujian di pasar raya juga dijangka akan dilaksanakan pada akhir Oktober ini.


Tambahnya, kementeriannya sedang melakukan penilaian di peringkat industri sebelum menentukan harga borong dan runcit baharu.


Menurutnya lagi, kementeriannya juga akan memperhebatkan usaha untuk memantau harga dan persaingan memandangkan penjualan kit tersebut telah diperluaskan ke tempat lain selain farmasi dan klinik.


"Terdapat enam juta set kit ujian kendiri yang dijual di pasaran tempatan. Kit ujian kendiri ini penting dalam menentang Covid-19.


"Saya harap semua yang terlibat akan bekerjasama untuk kepentingan semua pihak," ujarnya.