top of page

Harga Lebih Murah Tarik Perhatian Penduduk Tempatan Sempena Jualan Rahmah MADANI KPDN Di Sosondoton View

  • nabalunews
  • Mar 8
  • 2 min read

ree

8 Mac 2025


KOTA BELUD: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengadakan program Jualan Rahmah MADANI dengan kerjasama Pengurusan Tamu Sosondoton Kampung Piasau. Bertempat di tapak Tamu Desa Sosondoton, inisiatif ini mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat yang memanfaatkan peluang membeli barangan keperluan dengan harga lebih rendah.


Antara barangan asas yang dijual termasuk telur omega, minyak masak 5 kilogram, beras import, biskut, makanan dalam tin, bawang putih dan merah, tepung, serta sabun cuci dan sabun mandi. Kesemua barangan ini ditawarkan pada harga 10% hingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran, menjadikannya satu tarikan utama kepada penduduk yang menghadiri tamu mingguan di kawasan tersebut.


Menurut pihak penganjur, jualan ini dikendalikan oleh Restu Mart Sdn Bhd, yang merupakan antara penyedia utama barangan keperluan dalam program ini. Bagi memastikan lebih ramai penduduk mendapat manfaat, setiap pembeli dihadkan kepada dua unit bagi setiap jenis barangan.

ree

Dalam tinjauan bersama wartawan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Piasau, Jolyhame Saran, menyatakan bahawa program ini menerima sambutan baik daripada masyarakat setempat.


Faktor masa dan lokasi yang bertepatan dengan hari tamu mingguan menjadikan jualan ini lebih berkesan dalam membantu penduduk mendapatkan keperluan harian pada harga yang lebih rendah.


Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa Jualan Rahmah MADANI boleh diadakan dua kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Program ini boleh dijalankan secara jualan bergerak ataupun dalam premis kedai, bergantung kepada keperluan dan permohonan yang dibuat.


Masyarakat atau pihak berkaitan yang ingin mengadakan jualan ini di kawasan masing-masing boleh mengemukakan permohonan melalui Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap DUN, Persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) dan

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)


Jolyhame berharap inisiatif seperti ini, diharapkan lebih ramai penduduk dapat menikmati harga barangan yang lebih berpatutan serta meringankan beban kos sara hidup mereka.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page