top of page

Harga minuman di kedai kopi naik?

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 25, 2022
  • 1 min read

Sumber gambar: Facebook

25 Jun 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kenaikan harga pelbagai jenis barangan makanan dan keperluan termasuk minuman membebankan orang ramai.


Baru-baru ini viral satu senarai harga minuman yang didakwa dikeluarkan pihak berkuasa.


Bagaimanapun Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas berkata, senarai harga minuman itu tidak pernah dikeluarkan oleh pihaknya.


“Siapa-siapa pun boleh buat senarai (harga minuman) saja mau kasi sensasi. Mungkin ia dikeluarkan oleh kedai tertentu tetapi kita tidak tahu siapa .


“Atau kemungkinan ia dikeluarkan oleh persatuan, tetapi kita juga tidak dapat mengesahkannya kerana setakat ini belum ada mana-mana persatuan yang menghubungi kita untuk berbincang mengenai harga baharu minuman,” katanya ketika dihubungi Nabalu News.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas senarai harga minuman yang viral baru-baru ini sehingga menimbulkan kerisauan orang ramai.


Senarai harga minuman itu juga mengelirukan para peniaga.


“Saya fikir senarai harga minuman ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang telah dipersetujui oleh semua pihak dan perlu dipatuhi oleh para peniaga,” kata seorang peniaga café, di sini.


Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page