Harga minyak tidak berubah bagi tempoh 13 hingga 19 April
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_7c8f4d7503e648b8ada5ed53fb25a92f~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_651,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_7c8f4d7503e648b8ada5ed53fb25a92f~mv2.jpg)
13 April 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tidak berubah bagi minggu ini, iaitu dari 13 hingga 19 April, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
Kenyataan itu menyatakan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
“Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu kelmarin.
Ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, tambah kenyataan itu.
Kementerian itu juga berkata kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Comments