Harga petrol dan diesel kekal sehingga 15 Nov
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga petrol dan diesel kekal sehingga 15 Nov



9 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Nov.


Kementerian dalam satu kenyataan menyatakan bahawa harga itu ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga minyak mentah dunia.


"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.


Jelasnya, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page