top of page

Harga petrol RON97 naik 5 sen kepada RM3.12

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 26, 2022
  • 1 min read


26 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik 5 sen kepada RM3.12 berbanding RM3.07 seliter bagi tempoh 27 Jan hingga 2 Feb.


Manakala harga bagi RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.


"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.


"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page