Harga Petrol RON97, RON95 Diesel tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Mac - MOF
- Wartawan Nabalu News
- Mar 9, 2023
- 1 min read

9 Mac 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel akan kekal tidak berubah pada tempoh dari 9 hingga 15 Mac.
Menurut kenyataan MOF, harga RON97 akan kekal pada RM3.35 seliter manakala RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
Tindakan tersebut diambil oleh kerajaan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak dunia.
Walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat terus terjaga," menurut kenyataan itu.
Sebagai informasi, harga minyak dunia kini sedang mengalami kenaikan setelah pengaruh daripada faktor global seperti kekurangan bekalan dan pengurangan pengeluaran oleh beberapa buah negara pengeluar minyak.
Comments