top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga runcit minyak petrol RON97, RON95 dan diesel kekal


2 Nov 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Tiada perubahan harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel bagi tempoh 2 hingga 8 Nov ini.


Menurut kenyataan daripada Kementerian Kewangan (MOF), harga itu adalah berdasarkan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).


"Kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi harga siling semasa," katanya.


Kenyataan itu juga menyatakan kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dijaga.

bottom of page