top of page

Harga runcit petrol, diesel kekal hingga 29 September

  • nabalunews
  • Sep 24
  • 1 min read

ree

24 September 2025


PUTRAJAYA: Harga runcit produk petroleum bagi tempoh 25 hingga 29 September 2025 dikekalkan di paras semasa, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.


Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan harga runcit diesel turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter.


Selain itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.21 seliter manakala petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.


Sementara itu, susulan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai peralihan kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 (BUDI95) Isnin lalu, harga runcit petrol RON95 bagi anggota polis dan angkatan tentera ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai Sabtu ini.


Manakala harga runcit petrol RON95 bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pula ditetapkan pada paras RM1.99 seliter mulai 28 September.


Menerusi program BUDI95, kerajaan menurunkan harga petrol RON95 pada kadar 1.99 seliter bermula 30 September 2025 bagi warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah, dengan dianggarkan seramai 16 juta rakyat menerima manfaat pemberian subsidi ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page