Harga runcit petrol, diesel kekal tidak berubah hingga 30 Ogos
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga runcit petrol, diesel kekal tidak berubah hingga 30 Ogos

24 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu lagi, iaitu dari 24 hingga 30 Ogos.


Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit bagi RON97 akan kekal RM3.37 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.


"Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," kata MOF.


MOF juga berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page