HARGAI SUMBANGAN WANITA: AZIZAHHARGAI SUMBANGAN WANITA: AZIZAH
top of page
  • nabalunews

HARGAI SUMBANGAN WANITA: AZIZAH



8 Mac 2021

Oleh Liza Din


KOTA KINABALU: Ketua Srikandi BERSATU Negeri Sabah menyeru semua pihak untuk terus menghargai sumbangan wanita dalam pelbagai bidang.


Katanya, jasa kaum wanita dalam menjayakan urusan dalam pelbagai sektor nyata tidak boleh disangkal lagi dan kekuatan wanita dalam mengendalikan pengurusan sesebuah organisasi turut boleh dibanggakan.



"Kerana mengenang istimewanya kaum wanita, maka sambutan Hari Wanita Sedunia atau juga dikenali sebagai Hari Wanita Antarabangsa disambut setiap tahun bagi meraikan peranan wanita dalam pelbagai bidang.


"Walaupun hari ini tidak diisytiharkan sebagai cuti umum di Malaysia, namun terdapat pelbagai acara atau aktiviti yang dilakukan dalam meraikannya dengan norma baharu," katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.


Menurut Azizah, kewibawaan wanita adalah tiada tandingan dan wanita mampu menggerakkan komuniti cemerlang khasnya dalam pembentukan modal insan.


"Wanita samaada ibu, isteri, guru, kakak, atau sebagainya perlu dihargai dengan penuh kasih sayang sebagai lambang penghormatan dan peranan mereka yang sangat penting dalam kehidupan seharian.


“Wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang dan realiti dunia masa kini adalah diserikan dengan nukilan-nukilan jari jemari wanita dalam pelbagai sektor," katanya lagi.


Azizah yang juga merupakan Bendahari Perikatan Nasional Malaysia juga memberitahu sifat kelembutan yang ada pada wanita bukanlah satu halangan untuk terus mara ke hadapan malah di sebalik kelembutan itu tersimpan kekuatan yang utuh dan bersemangat waja.



Tambah beliau meski dunia dilanda pandemik COVID19, kepayahan demi kepayahan mengajar wanita untuk tetap bangkit mendepani cabaran.


"Hayatilah tema Hari Wanita yang sinonim dengan keadaan semasa. #WanitaBangkitMendepaniCabaran.


"Peranan wanita bersifat menyeluruh, dalam pelbagai sektor dan ceruk pelusuk dunia, di darat, di udara dan lautan.


“Wanita, insan yang memegang status dan darjat yang dimuliakan agama. Ibu, diberi taraf syurga di bawah telapak kakinya kerana peranan wanita sebagai ibu amat besar, bertarung nyawa melahirkan, menyusukan, membesarkan, dan dari waktu mengandungkan juga, ibu itu telah menahan segala kesakitan dan inilah bukti bahawa kekuatan wanita itu tidak ada penghujungnya," katanya lagi.


Tegas beliau lagi, wanita perlu terus kuat dan tabah dalam mendepani cabaran semasa dan sentiasa bersedia untuk mengorak langkah lebih berani ke depan.


"Kekuatan kita dari dalam, kekuatan kita adalah yang menjadikan kita utuh dengan jatidiri kita, teruslah menjadi wanita yang kuat dan semoga kita terus maju jaya," ujar beliau lagi.


bottom of page