Hari Kanak-Kanak SJK(C) Chung Hwa Kota Belud disambut dengan meriah
top of page
  • nabalunews

Hari Kanak-Kanak SJK(C) Chung Hwa Kota Belud disambut dengan meriah


6 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Kota Belud telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah baru-baru ini.


Salah satu aktiviti yang menarik ialah fashion show tahap 1 dan 2 bertemakan gaya retro dan gatsby di mana ianya menampilkan penyertaan murid bersama ibu bapa mereka.


Selain itu, murid-murid juga menunjukkan bakat-bakat mereka dalam talent show tahap 1 dan 2. Mereka telah menyampaikan persembahan dalam bidang nyanyian, bercerita, tarian, bermain alat muzik, silap mata, dan deklamasi sajak.


Dalam pada itu, sebuah video mini dokumentari bertajuk "Mental Health" turut ditayangkan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental kanak-kanak.


Sambutan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, Datin Tham Hung Chin, di Dewan O.K.K Datuk Hj.Annuar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan mengingati murid-murid untuk menghargai zaman kanak-kanak mereka.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page