Hari Keluarga PMM SIB Kawasan Kinabalu Meriah
- nabalunews
- Sep 20
- 1 min read

20 September 2025
KOTA BELUD: Suasana ceria dan penuh semangat kekeluargaan menyelubungi Hari Keluarga PMM SIB Kawasan Kinabalu yang telah berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 19 September 2025 di padang dan dewan Kampung Lobong-Lobong, Kota Belud.
Acara yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang itu berjaya menghimpunkan lebih 70 orang ahli Pemuda-Mudi Mesbah (PMM) dari seluruh kawasan Kinabalu, termasuk penyertaan beberapa ibu bapa penduduk kampung yang hadir memberikan sokongan padu kepada aktiviti tersebut.
Dengan tema “PMM Bangkit, Generasi Yang Terjaga!”, program ini bertujuan mempereratkan hubungan sesama remaja serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan persekutuan melalui pelbagai aktiviti sukaneka, rekreasi dan sesi perkenalan yang santai tetapi bermakna.

Acara ini merupakan inisiatif daripada Biro Sukan dan Rekreasi PMM SIB Kawasan Kinabalu, dan menjadi yang pertama dianjurkan semula selepas kali terakhir diadakan sebelum pandemik COVID-19. Kehadiran yang memberangsangkan serta sambutan yang hangat mencerminkan kerinduan para belia terhadap aktiviti seumpama ini yang membina semangat komuniti dan kasih dalam Tuhan.


















Comments