top of page

Hari Ulang Tahun Gereja SIB Donggongon kali ke-22 disambut meriah

Wartawan Nabalu News

30 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Sambutan Hari Ulang Tahun Gereja SIB Donggongon kali ke-22, dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk persembahan lagu-lagu pujian daripada umat gereja.


Majlis itu dihadiri Ketua Perhubungan ADUN Kadamaian Carlye Lajimin mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.


Ketika berucap pada majlis itu Carlye merakamkan penghargaan kepada Adun Kadamaian atas sokongan berterusan kepada badan-badan gereja.

“Rakyat penampang dan Kadamaian amat bertuah kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat termasuk badan-badan keagamaan. Beliau tidak pernah mengabaikan keperluan gereja di kedua-dua kawasan ini.


“Oleh itu, saya menyeru rakyat Penampang dan Kadamaian terus memberi sokongan dan mendoakan beliau supaya diberikan kekuatan dan kebijaksanaan menyelasaikan apa juga cabaran demi memimpin negara ini, rakyat Penampang dan Kadamaian,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page