top of page

Hati-hati memuat turun sebarang aplikasi APK ke telefon pintar

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 4, 2024
  • 1 min read

4 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berwaspada ketika memuat turun aplikasi (APK) ke telefon pintar kerana penggodaman telefon pintar melalui aplikasi (APK) berbahaya semakin menjadi ancaman.


Dalam pada itu, orang ramai juga disaran untuk tidak memuat turun APK dari mesej atau e-mel.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mengingatkan bahawa penjenayah sering menggunakan modus operandi ini untuk mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.


Taktik terkini yang dikesan adalah penyebaran mesej jemputan perkahwinan melalui APK yang mengandungi “perisian hasad” atau malware.


Penjenayah menyamar sebagai kenalan mangsa dan menghantar mesej tersebut. Jika mangsa memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, penjenayah akan mendapatkan akses penuh ke telefon mangsa tanpa disedari.


Ramli menekankan bahawa akses ini membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa dan mengakibatkan kerugian wang ringgit.


PDRM percaya taktik ini terutamanya menyasarkan individu yang kurang pengetahuan tentang teknologi. Berhati-hatilah dan pastikan hanya memuat turun aplikasi melalui platform selamat seperti Google Play dan App Store.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page