top of page

Hayati Ramadan dengan semangat Mujahadah – Anwar

  • nabalunews
  • 22 minutes ago
  • 1 min read

18 Februari 2026


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam menghayati Ramadan dengan memahami tuntutan ibadah puasa dan amalan dalam bulan itu yang bukan semata-mata bagi memenuhi syarat dan rukun, sebaliknya mencapai matlamat hikmah dan objektif syariat.


Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata, motivasi dalam melaksanakan ibadah sepanjang Ramadan harus didorong dengan semangat mujahadah iaitu usaha melawan hawa nafsu, yang bukan sahaja untuk menggapai cita-cita ukhrawi.


Anwar berkata, pada masa sama, ibadah yang dilaksanakan turut meningkatkan disiplin kendiri, keinginan bekerja dengan sepenuh hati dalam tugas serta tanggungjawab harian.


"Puncak kenikmatan di sebalik amalan ini adalah pencapaian takwa yang harus dilaksanakan dengan ibadah puasa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, berakar kepada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin yang dibangkitkan oleh rasa takut kepada ALLAH SWT,” kata beliau.


Perdana Menteri turut memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT atas peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadan yang mulia dan dirindui umat Islam.


Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok. -BERNAMA

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page