Hellary Lantokan Terajui JKKK Kg Losou Tintapon N11 Kadamaian 2026–2030
- nabalunews
- 10 minutes ago
- 1 min read

13 Februari 2026
KOTA BELUD: Proses Pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) N11 Kadamaian bagi sesi 2026–2030 berlangsung dengan lancar dan teratur di Dewan Serbaguna Tintapon, Kampung Losou Tintapon, hari ini.
Program yang diadakan dari jam 1.00 hingga 3.00 petang itu menyaksikan kehadiran seramai 161 penduduk berumur 18 tahun ke atas yang layak mengundi, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi komuniti setempat dalam menentukan kepimpinan baharu kampung.
Dalam pertandingan tiga penjuru tersebut, Calon No.1, Yusli Taka memperoleh empat undi, manakala Calon No.2, Santiom Domenting menerima 34 undi. Calon No.3, Hellary Lantokan, berjaya meraih 123 undi, sekali gus memenangi pemilihan dengan majoriti besar dan dilantik sebagai Pengerusi JKKK baharu bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Pemilihan tersebut dikendalikan oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat, Joel Ewel Deukin, dengan kehadiran Pemaju Mukim, Hadlee Panchai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian.
Turut hadir ialah staf Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Cholyne Roy Jumin @ Jimmy.
Proses pengundian berjalan secara telus, adil dan teratur, mencerminkan kematangan serta kesepakatan masyarakat Kampung Losou Tintapon dalam memilih kepimpinan yang diyakini mampu memacu pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan kampung ke tahap yang lebih cemerlang.














