top of page

HPPNK 2025: Sabah Dipilih Sebagai Tuan Rumah

  • nabalunews
  • Feb 18
  • 1 min read

18 Februari 2025


KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025, yang dijadualkan berlangsung Ogos depan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pemilihan Sabah sebagai lokasi penganjuran merupakan satu pengiktirafan terhadap potensi besar negeri ini dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan.


Katanya, sambutan HPPNK akan memberikan manfaat yang signifikan kepada sektor terlibat, terutamanya dalam memperluaskan jaringan pasaran mereka.


“Selain itu, ia berfungsi sebagai platform untuk peladang, penternak, dan nelayan tempatan memperkenalkan produk mereka ke peringkat nasional dan antarabangsa.


“Pelbagai acara akan diadakan sepanjang sambutan ini, termasuk pameran dan demonstrasi peralatan pertanian moden bagi memperkenalkan teknologi terkini dalam industri tersebut,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Isnin.


Mohamad berkata, sebagai sebahagian daripada promosi HPPNK, pihak kementerian juga akan mengadakan jelajah promosi atau 'road tour' pada bulan Julai ini.


Menurutnya, kali terakhir Sabah menjadi tuan rumah HPPNK adalah pada tahun 1995 dan pihaknya akan memastikan penganjuran tahun ini menjadi peluang penting untuk menampilkan kemajuan sektor pertanian negeri kepada seluruh negara.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page