top of page

Hujan lebat dan ribut petir di beberapa buah negeri

Wartawan Nabalu News

1 Nov 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa buah negeri hari ini iaitu di Sabah, Sarawak, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, dan Johor. Menurut MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan 4 petang tadi di laman sosial rasminya, hujan lebat beserta ribut petir tersebut boleh mengakibatkan banjir dan dijangka akan berlaku sehingga pukul 8 malam ini. Di Sabah, kawasan yang dijangka megalami hujan lebat dan ribut petir ialah di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Kinabatangan, Kudat dan Pitas. Kawasan Pedalaman merangkumi Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan manakala kawasan Pantai Barat pula melibatkan daerah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page