HUJAN LEBAT DIJANGKA DI BEBERAPA NEGERI HINGGA SABTU - METMALAYSIAHUJAN LEBAT DIJANGKA DI BEBERAPA NEGERI HINGGA SABTU - METMALAYSIA
top of page
  • nabalunews

HUJAN LEBAT DIJANGKA DI BEBERAPA NEGERI HINGGA SABTU - METMALAYSIA


30 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mulai esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan berkenaan dalam kenyataan hari ini menyatakan, hujan lebat itu akan melibatkan kawasan Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang); dan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Hujan di semua kawasan ini akan berlanjutan hingga Sabtu ini.

Selain itu, hujan lebat juga dijangka berlaku selama dua hari di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu di Terengganu, selain seluruh negeri Kelantan mulai Jumaat ini.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlanjutan sehingga esok melibatkan kawasan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan,Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Turut dijangka mengalami hujan lebat hingga esok ialah Labuan. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page