- Farah Salim
Hukuman 7 hari terhadap Maria Chin mengejutkan

28 April 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Hukuman penjara tujuh hari terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah pada Isnin lalu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, megejutkan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen.
Maria dijatuhi hukuman penjara kerana didiapati menghina mahkamah selepas mengeluarkan kenyataan 5 September 2019 yang mengatakan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah. Kenyataan ini dilaporkan "menghina" sistem kehakiman Syariah.
Kenyataan Maria dibuat berhubung hukuman penjara 7 hari yang diperintahkan oleh hakim yang sama terhadap ibu tunggal Emilia Hanafi, yang didapati bersalah menghina mahkamah.
Ibu tersebut, yang mempunyai hak penjagaan anak-anaknya, atas permintaan anak-anaknya sendiri, telah menghantar satu surat untuk menukar tarikh lawatan kepada bapa mereka melalui peguamnya supaya dapat menghadiri satu aktiviti keagamaan. Dia telah berjanji untuk menggantikan tarikh lawatan pada minggu sejurus selepas itu.
Bagaimanapun, Mahkamah mendapati Emilia melanggar perintah mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara 7 hari.
Menurut kenyataan bersama 76 Ahli Parlimen hari ini, kenyataan Maria menimbulkan persoalan tentang hukuman penjara tidak seimbang yang dikenakan terhadap isteri kerana hanya menukar tarikh lawatan dengan notis penuh kepada suami.
“Beliau (Maria) juga telah membangkitkan isu diskriminasi dalam sistem syariah terhadap wanita kerana dalam 30 tahun aktivisme, beliau telah menyaksikan banyak kes di mana ramai wanita Islam yang bercerai terpaksa melalui kesusahan dalam perjuangan mereka untuk mencari keadilan.
“Kami amat prihatin dengan hukuman penjara 7 hari yang dijatuhkan ke atas Ahli Parlimen YB Maria Chin Abdullah pada Isnin, 25 April 2022 oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Hakim Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar.
“Walaupun kita menghormati keputusan mahkamah syariah, mana-mana sistem perundangan, sivil atau syariah, harus terbuka kepada kritikan yang membangkitkan apa yang dilihat sebagai masalah institusi.
“Penghakiman terhadap kes juga merupakan perkara yang berkepentingan awam dan boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan,” kata kenyataan media itu, hari ini.
Menurut kenyataan Ahli-ahli Parlimen itu lagi, Maria mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai ahli Parlimen dan komennya tidak mencarut atau berniat jahat.
“Ianya jelas dilakukan dengan niat baik dengan pandangan bahawa sistem perundangan syariah dan badan-badan lain akan mencari penyelesaian. Hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada masyarakat yang mereka berkhidmat, agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan kehakiman,” kata kenyataan itu.
Hukuman penjara 7 hari Maria juga menimbulkan persoalan serius tentang ketidakwajaran prosedur.
“Kami sukacita dapat mengetahui bahawa hukuman terhadap YB Maria ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
“Kami akan menyokong YB Maria dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara beliau dalam membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam yang jelas walaupun kritikal terhadap sistem kehakiman syariah, sama seperti yang kami lakukan ketika berdepan dengan subjek sistem sivil,” katanya.
Kenyataan itu ditandatangani oleh:
1. Wan Azizah Wan Ismail, Pandan
2. Mohamad Sabu, Kota Raja
3. Darell Leiking, Penampang
4. Saifuddin Nasution, Kulim Bandar Baharu
5. Nurul Izzah, Permatang Pauh
6. Syed Saddiq, Muar
7. Salahuddin Ayub, Pulai
8. Mukhriz Mahathir, Jerlun
9. Amiruddin Hamzah, Kubang Pasu
10. Anthony Loke, Seremban
11. Lim Guan Eng, Bagan
12. Sivarasa Rasiah, Sungai Buloh
13. Lim Kit Siang, Iskandar Puteri
14. Syed Ibrahim Syed Noh, Ledang
15. Noor Amin Ahmad, Kangar
16. Wong Chen, Subang
17. Chan Ming Kai, Alor Setar
18. Natrah Ismail, Sekijang
19. Hassan Abdul Karim, Pasir Gudang
20. Fuziah Salleh, Kuantan
21. Abdullah Sani, Kapar
22. Maszlee Malik, Simpang Renggam
23. S. Kesavan, Sungai Siput
24. Chang Lih Kang, Tanjung Malim
25. Bakthiar bin Wan Chik, Balik Pulau
26. Azman Ismail, Kuala Kedah
27. Sim Tze Tsin, Bayan Baru
28. Karuppaiya Mutusami, Padang Serai
29. Fahmi Fadzil, Lembah Pantai
30. Nik Nazmi, Setiawangsa
31. Akmal Nasir, Johor Bahru
32. Charles Santiago, Klang
33. Wong Hon Wai, Bukit Bendera
34. Kasthuri Patto, Batu Kawan
35. Pang Hok Liong, Labis
36. Mohd Hatta Md Ramli, Lumut
37. Thomas Su, Kampar
38. Ong Kian Ming, Bangi
39. Teo Nie Ching, Kulai
40. Kelvin Yii, Bandar Kuching
41. Alice Lau, Lanang
42. Wong Kah Woh, Ipoh Timor
43. Hannah Yeoh, Segambut
44. Chan Foong Hin, Kota Kinabalu
45. Wong Ling Biu, Sarikei
46. Lim Lip Eng, Kepong
47. Wilfred Madius Tangau, Tuaran
48. M.Kula Segaran, Ipoh Barat
49. Teh Kok Lim, Taiping
50. Teresa Kok, Seputeh
51. Oscar Ling, Sibu
52. Tan Kok Wai, Cheras
53. Khalid Abdul Samad, Shah Alam.
54. Tony Pua, Damansara
55. Sin Chee Keong, Bukit Mertajam
56. Mujahid Yusof Rawa, Parit Buntar
57. Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Hulu Langat
58. Mahfuz Haji Omar, Pokok Sena
59. Mohamed Hanipa Maidin, Sepang
60. Hasan Bahrom, Tampin
61. Mohd Anuar bin Mohd Tahir, Temerloh
62. Prabakaran, Batu
63. Chong Chieng Jen, Stampin
64. Isnaraissah Munirah Majilis, Kota Belud
65. Mohd Azis Bin Hj Jamman, Sepanggar
66. Rusnah Aluai, Tangga Batu
67. June Leow, Hulu Selangor
68. Nor Azrina Surip, Merbok
69. William Leong, Selayang
70. Nga Kor Ming, Teluk Intan
71. Tan Yee Kew, Wangsa Maju
72. Ngeh Koo Ham, Beruas
73. Cha Kee Chin, Rasah
74. Ma'mun bin Sulaiman, Kalabakan
75. Shamsul Iskandar, Hang Tuah Jaya
76. Gobind Singh Deo, Puchong