top of page

Ibu dan Anak Gadis Dikhuatiri Hilang Selepas Pergi Membeli Belah

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


19 Mac 2026


SEMPORNA: Seorang ibu dan anak gadisnya dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar untuk membeli barang keperluan Hari Raya di Tawau, Sabah, pada Sabtu lalu.


Sharifah Najih A Hasan, 32, dan anaknya, Sharifah Sajilah Abdullah, 16, terakhir dilihat keluar dari kediaman mereka di Kampung Balimbang Berjasa, Pulau Bumbum, Semporna pada 14 Mac 2026 kira-kira jam 10.00 pagi.


Menurut laporan polis, mangsa memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa mereka ingin ke Tawau untuk membuat pembelian barangan keperluan hari raya. Sehingga kini, kedua-duanya masih belum pulang dan tidak dapat dihubungi melalui telefon bimbit.


Ketika kejadian, Sharifah (ibu) memakai baju kemeja merah dan skirt hitam. Manakala anaknya, Sharifah, memakai kemeja-T lengan panjang berwarna putih dan seluar slack kelabu. Kedua-duanya tidak bertudung.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mereka diminta tampil membantu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, SI 119277 Mohammad Yazid Abd Rahman di talian 019-8835374.


Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis atau menyebabkan kekeliruan dalam kalangan keluarga mangsa.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page