Iftar Perdana IPD Kota Belud Subur Ukhuwah Warga PDRM
- nabalunews
- 51 minutes ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
5 Mac 2026
KOTA BELUD: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadani di Dewan Sri Nabalu, petang semalam yang dihadiri oleh Ketua Polis Daerah, Superintendan Shahrudin Mat Husain serta warga IPD termasuk pegawai kanan, pegawai rendah, anggota awam, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan keluarga.
Program tahunan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD sempena bulan Ramadhan.
Dalam majlis tersebut, Ketua Polis Daerah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Inspektor Tan Yow Sheng sempena pertukaran beliau sebagai menghargai jasa dan bakti sepanjang bertugas di daerah ini. Turut berlangsung penyampaian Sijil Khatam Talaqqi Al-Quran 30 juzuk kepada Koperal/SP Liza Marjani atas kejayaannya menamatkan bacaan al-Quran.

Majlis turut dimeriahkan dengan bacaan doa selamat buat Inspektor Tan yang bakal menunaikan ibadah umrah dalam masa terdekat.

Program berbuka puasa itu berakhir dalam suasana penuh keberkatan, menyuburkan nilai taqwa serta mempererat ukhuwah fillah dalam kalangan warga IPD Kota Belud, seiring semangat Ramadhan yang mendidik jiwa ke arah kebaikan.











