top of page

Ikan Lumba-Lumba Ditemui Terdampar Di Pantai Karambunai

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

ree

28 Disember 2025


KOTA KINABALU: Seekor ikan lumba-lumba dilaporkan ditemui terdampar di pesisir Pantai Karambunai, di sini, sebelum seorang lelaki menariknya masuk ke laut semula.


Kejadian berkenaan sempat dirakam sebelum tular di media sosial sekali gus mencetuskan kebimbangan orang ramai dan mendapat perhatian pihak berkuasa.


Malah rakaman video yang memaparkan mamalia marin berkenaan dalam keadaan masih hidup sehingga menarik pelbagai reaksi dan komen.


Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki terbabit atas usaha cuba membantu haiwan berkenaan selamat dimasukkan kembali ke dalam air.


Difahamkan, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada Sabtu lalu, namun waktu sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar, mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


“Memang ada menerima laporan tentang perkara ini, tetapi saya masih belum mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Pandai Barat (Jabatan Hidupan Liar Sabah),” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, beliau akan mengeluarkan kenyataan penuh sebaik menerima laporan penuh mengenai kejadian berkenaan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page