top of page

Imigresen Sabah minta bantuan kesan wanita warga Filipina

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA KINABALU, 8 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Filipina bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.


Wanita berkenaan dikenali sebagai Sitti Junda Pistino, 54, dengan alamat terakhir di Lorong 2, Kampung Navahiu 2, Jalan Kompimpinan Dabak, 88200 Penampang, dekat sini.


JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan notis pengesanan itu dikeluarkan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan wanita berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat TPPI Enne Eligius dari Bahagian Penguatkuasaan di talian 088-488753 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan JIM Sabah di talian 088-488822 selepas waktu pejabat.


Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat dihargai bagi membantu melancarkan siasatan pihak jabatan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page