Individu bukan warga Sabah tidak perlu lagi kebenaran untuk masuk ke negeri iniIndividu bukan warga Sabah tidak perlu lagi kebenaran untuk masuk ke negeri ini
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Individu bukan warga Sabah tidak perlu lagi kebenaran untuk masuk ke negeri ini


30 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Individu bukan warga Sabah tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri dan polis untuk masuk ke negeri bermula Isnin depan.


Bagaimanapun kelonggaran itu hanya dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin dan keputusan ujian saringan RTK Antigen adalah negatif, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.


Menurut beliau, keputusan tersebut selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menarik balik larangan rentas negeri mulai 1 November ini.


“Prosedur operasi standard (SOP) yang terkini bagi pergerakan domestic akan dikeluarkan esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page