top of page

Indonesia tingkatkan kawalan keselamatan sempena lawatan Pope Francis pada Sept

  • nabalunews
  • Aug 14, 2024
  • 1 min read

14 Ogos 2024

 

JAKARTA: Indonesia bersiap sedia menyambut kedatangan Pope Francis dengan mengerahkan lebih 4,500 anggota polis bagi memastikan keselamatan sepanjang lawatan pemimpin Gereja Roman Katolik itu ke negara tersebut dari 3 hingga 6 September ini.

 

Ketua Maklumat Awam, Brigedier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andiko, dalam satu kenyataan pada Selasa, memaklumkan bahawa keseluruhan operasi keselamatan akan melibatkan 1,077 anggota dari Ibu Pejabat Polis Negara dan 3,443 anggota dari Polis Jakarta.

 

"Kami akan memastikan keselamatan setiap aspek lawatan ini termasuk aktiviti praacara, semasa, dan selepas acara," katanya.

 

Pope Francis dijangka tiba di Jakarta pada petang 3 September dan akan bertemu dengan Presiden Joko Widodo di Istana Merdeka pada hari berikutnya.

 

Selain itu, pada 5 September, beliau akan menyertai pertemuan antara agama di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara, dan seterusnya bertemu dengan penerima bantuan daripada pertubuhan amal di pejabat Persidangan Uskup Indonesia.

 

Pada malam yang sama, Pope Francis akan memimpin Misa besar di Stadium Gelora Bung Karno, yang dijangka menarik puluhan ribu penganut Katolik. Polis turut akan mengawasi keselamatan bagi Forum Kelestarian Antarabangsa yang berlangsung dari 4 hingga 6 September.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page