top of page

Inkues Zara Qairina: Tiada CCTV Di Tempat Kejadian

  • nabalunews
  • Sep 10
  • 1 min read

ree

10 September 2025


KOTA KINABALU: Prosiding inkues kes Zara Qairina Mahathir mendedahkan blok asrama tempat pelajar malang terbabit ditemui tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).


Pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding @ Jaliha turut menegaskan koridor bangunan berkenaan juga tidak dilengkapi jeriji besi atau palang keselamatan.


Saksi keenam itu berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan, hari ini.


Menurutnya, pada 16 Julai lalu sekitar jam 3.00 pagi, dia dimaklumkan seorang pelajar mengenai seorang pelajar ditemui pengsan di longkang berhampiran asrama Blok Rabiatul Adawiyah.


“Sekitar jam lebih kurang 3.00 pagi, semasa saya berada di asrama Blok Sumayyah, saya telah dimaklum oleh seorang pelajar bahawa ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang asrama Blok Rabiatul Adawiyah.


“Saya terus bergegas ke asrama Blok Rabiatul Adawiyah dan melihat seorang pelajar perempuan yang dikenali dengan nama Zara di tepi longkang asrama dalam keadaan tidak sedar diri.


“Saya terus menghubungi Ketua Warden Asrama, Ustaz Azhari berkenaan kejadian tersebut. Selepas menghubungi Ketua Warden Asrama tersebut, saya mengambil sekeping gambar Zara di dalam keadaan terlentang di longkang tersebut.


“Selepas Ustaz Azhari sampai di lokasi kejadian, beliau telah menghubungi hospital dan ambulans sampai pada sekitar jam 4 pagi.


“Pelajar yang dikenali sebagai Zara tersebut telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk terima rawatan,” katanya lagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page