INSKEN catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baru
top of page
  • Wartawan Nabalu News

INSKEN catat RM11 juta hasil jualan, 178 pekerjaan baru



2 March 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN),mengekalkan momentum kecemerlangannya setelah berjaya meningkatkan RM11 juta hasil jualan.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami berkata, ia juga berjaya mewujudkan 178 pekerjaan baharu melaluipelaksanaan sembilan program bimbingan ini pada tahun 2022.


“Terkini, 251 usahawan berjaya menamatkan program tersebut dan 12 daripadanya bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil selepas mengikutiprogram bimbingan selama empat bulan.



“Secara keseluruhan, 54 peratus peserta berjaya mencapai KPI program yang ditetapkan iaitu peningkatan hasil jualan minimum sebanyak 20 peratus melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan Insken di sini, baru-baru ini.


Saraswathy berkata, peningkatan hasil jualan terbaru dicipta oleh usahawan itu adalah hasil kolaborasi strategikdi antara INSKENdengan Amanah IkhtiarMalaysia (AIM), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan GIATMARA.



Katanya, usahawan-usahawan berkenaan mengusahakan pelbagai jenis perniagaan, antaranya IBBC Kiosk Vendor, Pet Care, Jualan Pasar Raya, Printing & Related Services, Postnatal, Grocery Store, Childhood Care & Education, Café & Restaurant dan Aircond & Related Services.


“Program IBBC ini akan terus dibantu dan disokong oleh KUSKOP termasuklah kesemua agensi. Laporan peserta program ini juga akan dihantar kepada agensi di bawah KUSKOP untuk dipertimbangkan bagi penyaluran geran, pinjaman serta bantuan yang bersesuaian,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, usahawan yang ingin berjaya memerlukan latihan, bimbingan serta sokongan dari pelbagai pihak dan bukan hanya berusaha secara sendiri.


Katanya, IBBC merupakan program yang komprehensif kerana dilengkapi dengan semua keperluan termasuklah kepakaran Industry Coach dan rangkaian usahawan daripada industri sama yang mampu menjana pengetahuan baharu.


Tambah beliau lagi, gabungan kesemua komponen ini terbukti membuahkan hasil yang amat baik.



“Setiap industri mempunyai peserta cemerlang yang diukur melalui peningkatan hasil jualan serta komitmen mereka,” katanya.


Antara peserta terbaik yang berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 223 peratus ialah, Muhammad Mikhail Aiman Mohd Nazari,peserta Program IBBC Printing & Related Services.


Faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil jualan selepas mengikuti program ini adalah apabila beliau konsisten menggunakan semua platform pemasaran serta menambah pasukan jualan, pemasaran dan produksi seperti yang dipelajari serta dibimbing di dalam Program IBBC.


Manakala 157 peratus peningkatan hasil jualan berjaya dicipta oleh Kasma Dewi Mohamad Yuna yang mengikuti Program IBBC Kiosk Vendor.


Selepas mendapat bimbingan daripada Industry Coach, beliau menggunakan khidmat ejen untuk membuat jualan serta mula menjual produknya melalui platform atas talian seperti Shopee dan TikTok sehingga membuahkan hasil yang cemerlang.


Pada majlis itu, INSKEN turut melancarkan Buku Panduan Asas Usahawan (PadU) sebagai bahan rujukan dan bacaan umum kepada semua peringkat usahawan khususnya usahawan permulaan.


Kejayaan penghasilan buku terbitan INSKEN ini adalah gabungan penulisan BisKaunselor INSKEN yang terdiri daripada kumpulan usahawan, pakar industri, tenaga pengajar dan penasihat daripada pelbagai sektor.


Orang ramai boleh mendapatkan buku ini melalui kedai rasmi INSKEN Official di Shopee.


Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.


bottom of page