top of page

INSKEN Platform Strategik Perkukuh Ekosistem Keusahawanan Di Sabah

  • nabalunews
  • 14 minutes ago
  • 1 min read

25 Mei 2025


KOTA KINABALU: Usahawan di Sabah digalak untuk memanfaatkan peluang perniagaan menerusi program yang dianjurkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).


Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Carl V Moosom berkata, INSKEN adalah agensi di bawah KUSKOP yang berperanan penting dalam memperkasa usahawan melalui pelbagai inisiatif program latihan dan bimbingan.


Katanya, penubuhan Kampus INSKEN di Sabah ini adalah bukti komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan keusahawanan yang inklusif, seimbang dan menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar dan Sabah secara amnya.

“Kampus INSKEN Sabah bukan sekadar simbol komitmen kerajaan dalam memperkasa usahawan, tetapi juga cerminan iltizam untuk memastikan pembangunan keusahawanan yang inklusif dan menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar.


“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) atas inisiatif menganjurkan program seperti hari ini, yang turut melibatkan pelbagai agensi keusahawanan lain di Sabah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pembukaan Program Hari Terbuka INSKEN Kampus Sabah, di sini, hari ini.

Carl berkata, program seumpama ini juga dilihat mampu memberi impak besar dalam menyediakan akses kepada bimbingan teknikal, jaringan industri dan sokongan pembiayaan kepada usahawan.


Katanya, sebagai agensi di bawah KUSKOP, INSKEN akan terus memainkan peranan penting menerusi program latihan yang bersifat “hands-on” dan berterusan.


“Ia disesuaikan dengan keperluan industri semasa dan teknologi terkini. Strategi INSKEN turut menekankan kepada pembangunan ekosistem keusahawanan yang mampan dan berdaya tahan.


“Saya menggalakkan semua usahawan Sabah untuk tidak hanya melihat dari jauh. Libatkan diri dalam program, rebut peluang dan manfaatkan segala sumber yang ditawarkan,” tegasnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page