top of page

IPB UMS Perkukuh Kerjasama Industri dan Antarabangsa

  • nabalunews
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

23 September 2025


KOTA KINABALU: Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh kedudukannya sebagai pusat kecemerlangan dengan menjalin kerjasama strategik bersama pihak industri dan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negara.


Terbaharu, IPB menerima kunjungan hormat delegasi dari Xiamen University Malaysia dan ICOMM Sdn Bhd dalam satu lawatan rasmi serta sesi perbincangan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dalam bidang penyelidikan bioteknologi.


Delegasi tersebut diketuai oleh Penasihat Kanan ICOMM Sdn Bhd, Datuk Chua Soon Bui, bersama Prof. Dr. Chen Beng Hui dari Xiamen University Malaysia.


Perbincangan meliputi peluang kerjasama strategik dalam penyelidikan produk semula jadi, termasuk tumbuhan herba dan kajian biojisim, sebagai usaha menyokong inovasi serta pembangunan mampan.


Pengarah IPB, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau dalam ucapan pembukaannya menegaskan komitmen institut itu dalam memperluas kolaborasi penyelidikan bagi memastikan bidang bioteknologi mampu menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Sabah.


“IPB sentiasa berusaha untuk melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi yang bukan sahaja menyokong pembangunan kapasiti, tetapi juga dapat merangsang pertumbuhan bioekonomi negara selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0,” katanya.


Kedua-dua pihak turut menyatakan keyakinan bahawa jalinan kerjasama ini akan membuka ruang lebih luas kepada pembangunan pengetahuan, kepakaran dan inovasi dalam bidang bioteknologi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page