IPD Kota Belud Sita Motosikal dan Keluarkan 28 Saman
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

26 Januari 2026
KOTA BELUD: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud mengeluarkan sebanyak 28 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan, semalam.
Operasi dilaksanakan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) yang bertujuan untuk mengekang aktiviti samseng jalanan di sekitar daerah Kota Belud itu turut menyita sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan satu pegawai kanan bersama 10 pegawai rendah polis.

“Operasi tersebut dijalankan di sekitar Jalan Pan Borneo dekat Kuala Abai dan Batu Gadung hasil daripada aduan orang awam.
“Ia dilaksanakan sebagai langkah pencegahan terhadap aktiviti samseng jalanan dan gangguan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, sepanjang operasi dijalankan, seramai 43 individu dan 30 kenderaan telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 28 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan sebuah motosikal disita.
“Antara kesalahan dikesan ialah tidak memakai topi kalendar, tiada lesen memandu, tiada nombor pendaftaran kenderaan, eksoz ubah suai,” katanya.
Sehubungan itu, Shahrudin berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan sebagai langkah proaktif pihak polis bagi mengekang aktiviti samseng jalanan.
“Operasi turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati di jalan raya serta mematuhi peraturan lalulintas ditetapkan,” katanya.














